Friday, July 29, 2011

Quote of The Day #5

"Malu bertanya sesat jalan"
Tetiba teringat masa jalan pergi kl aritu.
Yup..Betul la bak kata pepatah kalau malu bertanya sesat jalan.
Sebab takut sesat punya pasal, malu tak malu, aku tanya je orang banyak kali.
Walaupun da nak naik train, aku tanya je orang tu balik betul ke tak destinasi aku...hehehe..
Alhamdulillah sampai ngan selamat.. =D

Tuesday, July 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan - Makanan Korea

Mood : Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati

Ok..
Nak pergi makan pun penuh dugaan.
Dugaan kekangan masa ye.....
Hahaha.
Ye..1 kenangan wat aku & Nana. =P
Alhamdulillah selamat pergi & selamat sampai.

Sampai je KL, jumpa ngan Pika kat Mid Valley & terus pergi cari kedai makan yang dicari-cari..hikhik..
Nama Restoran tu Ko Hyang(FB)<<<<--Link
Ingat susah nak carik kedai tu.
Rupanya boleh tahan senang je.
Bak kata kakak Nana & telah disampaikan Nana,
"Carik je arah The Garden kat tigkat 1. Pastu ikut je arah dia"
Ok..Jumpa.

Sebab lapar punya pasal, rasa cam nak order je semua menu yang ada.
Wakaka...Cam duit tu banyak sangat je...& macam perut tu mampu nak masukkan semua makanan je.

So, da lama duk fikir nak makan apa, akhirnya kitorang decide makan mende lain2.
Dapat nant merasa macam2 rasa.

Pika Order~~ Bimbimbap
Nana Order~~Ojingeo-Bokgeum (sotong masak pedas+nasi+supSeaweed+SideDish)
Aku lak~~Soon-dubu-jjigae (masak pedas seafood & tofu+nasi+supSeaweed+SideDish)
Tambahan~~Topokki & Seafood Pancake

Serius kenyang gila makan semua tu.
Nana surrender awal2 da.
Hahaha...
Perut kenyang masuk angin sebab jalan laju sangat kot..huhuhu..

Sedap la gak pancake dia. Bak kata Pika "Dah rasa cekodok bwang mak aku"..Hahaha


--Tah betul tah idak ejaan topokki tu. Tapi aku suka mende tu. Ngidam sejak tengok family outing.hahaha
--Side dish die ada kimchi, ikan bilis manis & fishcake
--Seaweed soup tu boleh tahan la berbanding sup miso kat sushi king...Hehehe
--Soon-dubu-jjigae pun tah betul ke tak ejaan die pun ak tak tau..Bole tahan best rasa die. Serius tauhu die sgt bnyk dlm mangkuk ni...tak lalu nak kasi habis..huhuu...Dalam tu ada sekali  udang & lala.


Makanan Pika & Nana yang tak berapa nak nampk..
Masing-masing da tak sabar nak makan..kekeke


Ye..tu la pinggan aku pas habis makan. Tak lalu nak habis kasi licin kuah tu sebab da kenyang sangat.
Pinggan kosong lain??? Tak sempat nak tangkap gambar..Sebab.....Pekerja dia sangat la rajin kutip pinggan yang da kosong.
Lagi-lagi pinggan Pika...huhuhu...
Gambar sebelum makan lak tak sempat nak tangkap cantik2 sebab tak sabar nak makan..hehehe

Bagi aku harga makanan kat sini not bad la.
Rasa cam ok.
Budget macam makan kat sushi king.
Kalo nak kata mahal sangat, tak kot.
Sebab ni 1st restoran korea yang aku pergi.
So, tak leh nak compare ngan harga memana kedai lain.
=D

Okeh...
Pas makan & kenyang, terus gerak tuk balik.
Jalan2 tempat lain memang tak sempat.
Nampaknya kena pergi lain hari kalau nak jalan2.. =D

Nota Berkaki Zati >_> Rasa nak cari kedai makan bez2 lagi...Rasanya duit aku banyak habis tuk makan berbanding dari beli barang2... Hohoho

Saturday, July 23, 2011

Ais Krim Goreng

Mood : "Chef" tak jadi, "Ngidam" tak tentu pasal

Hohoho...
Akhirnya menjadi gak ais krim goreng aku tu..
Setelah lama tak wat pape kat umah ni, last2 ngidam ais krim goreng.
So, terus pergi kedai, beli bahan.
Buat....SIAP.....

Sebelum goreng~~


Selepas Goreng~~


Habis Makan~~




Resepi Ais Krim Goreng

Bahan-bahan:
  1. 1 bekas ais krim
  2. Cornflake (hancurkan--tak kisah la nk hancurkn dlm plastik ke, tumbuk pkai lesung ke, ataupun kisar)
  3. Telur (1-2 biji)

Cara-cara:

  1. Sudukan aiskrim.(Betul ke?? Ke guna perkataan SCOOP??) Wat la besar mana yg berkenan.
  2. Masukkan dalam peti ais tempat beku (1 ke 2 jam)
  3. Keluarkan ais krim yg dah beku tadi.
  4. Celup kat telur
  5. Guling2 kt cornflakes yg dah dihancurkan tadi.
  6. Ulang balik step 4 & 5.
  7. Masukkan balik dalam peti ais tuk kasi beku lagi. (ni nak bekukan brapa lama pun, ikut suka--aritu aku wat 1 mlm.hahaha)
  8. Dah keras, Boleh la goreng.. :D
**kalo nak langkau step 2&3 pun boleh. Tengok cuaca la. Agak2 panas & ais krim cepat cair baik wat step tu..:D

Nak lagi senang paham, tgok video kat bwah ni...:D



 Selamat Cuba & Makan~~~ ^__^


Thursday, July 21, 2011

My Desktop

Hohoho...
Suka betul aku tengok desktop aku sekarang.
Suci je.

Monday, July 18, 2011

Cuti & K-Pop

Mood : Neutral, Burung Antu

Sejak duk kat umah ni, tak pasal da jadi peminat k-pop.
Hahaha...
Dulu-dulu banyak layan drama & variety show je..
Tapi sebab laptop tak bukak tuk beberapa lama ni, keje kat umah ni asik tgok tv je..
Bukak tv lak, dari pagi sampai malam Korea, Korea & Korea.
Tak kira la Drama ke...MV ke....Variety Show ke....Semua kasi sibat tengok..

So, senang kata, Official Channel yg aku tengok tuk cerita2 & MV2 korea ni SOneHD(393), KBS World(391) & HitzTv(705)..
Hahaha..Sebab penangan lagu korea ni, tak pasal2 aku ingat channel 705 tu..
Before ni tak layan channel tu sebab aku bukan la peminat lelagu inggeris ni (sbb tu susah sangat berjodoh dengan BI kot...hahaha)

Siyes banyak sangat cite best ada.. =D
Suka gile. (Nasib baik mende2 ni muncul pas aku da habis skola. Kalau tak mau menangis tak leh tgok tv..)

List Cerita:
  • Lie To Me (OnGoing)--Tapi da hbs tgok kt Utube sbb tak sabar tgok final die..:D
  • City Hunter --Baru Start..Sabar tggu yang kat tv..Kasi feel lebih sket..Hahaha
  • Glass Castle --Da nak habis.. :(
  • Star King --Best!!
  • Family Outing --Walaupn da ada dalam smpanan, tetap rasa nak tgok yg kt tv..
  • Kpop Countdown --a.k.a Inkigayo rasanya
  • Strong Heart --Suka gile..This week ada Yong Hwa.(21.7.2011)
  • Running Man --So addict..Macam Family Outing gak..
  • Kim Eun Jung Choc
  • Dream Team
  • Music Bank
  • Secret --Serius Kelakar..Lagi2 time tgok rupa artis diorang masa rahsia diorng terbongkar
  • Kpop Hitz
  • Kpop Hitz Talent Show --Huhu..Serius Diorang ni Die-Hard-Fan Kpop..
 Huh..Cam banyak lak rasanya yang ak melantak tgok ni...

Ok, Berbalik pada Lelagu Kpop ni lak..

Bebaru ni ada terdengar 1 lagu dari group yg ak tak penah tgok.
Biasa la bukan minat sgt kan..hahaha (cam bohong je..)
Sebab da asik dengar, cam best la plak.
Tajuk die, Only Learn Bad Thing
Try carik kat tenet siapakah mereka ni.
Rupa2nya B1A4..
Tgok vid clip pon comel je..

So, menggunakan bantuan Incik Google, jumpe la profile mereka ni..
OOOooooo...Group baru...--Patut la cam tak penah dengar..
Tgok Umo -- La..Adik2 aku rupanya..Patut la masa tgok tu aura2 comel je..hahaha...
Aduh...Bila tengok group2 baru ni, terasa lak yg aku ni makin tua..
Biasa la..Yang kua tu Dak2 Muda.. (Haha..gaya ala2 mokcik)
 

Pergh..Gile merepek tul memalam buta ni..
Mata da ngantuk~~~~Tido!!
=D

Thursday, July 14, 2011

Kembali Bernafas

Mood : Happy :D

Akhirnya..
Setelah beberapa lama Laptop ak tu tak 'bernafas', dapat gak die 'melihat' dunia arini..
Hihihi...
Best..

Sian..
Sebelum cuti da cam 'bernafas dalam air'..
Kat umah memang jangn harap la nak bukak..
Tak pasal dari bernafas dlm air, terus je tak bernafas..
Nasib baik akal masih waras..
Kalau tak....
Tak memasal je kena ganti laptop baru..
Duit da r sengkek..
Penanam anggur berjaya la katakan duk umah ni...

 =D =D =D =D

Tuesday, July 12, 2011

Quote of The Day #4

Mood : Cikgu BM, Paham2 Sendiri
"Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih"
Aku duk meng"Google" dari tadi duk cari peribahasa ni mana yang betul.
Samada yang atas ni atau "mengata dulang paku serpih"
Tapi last2 ak pakai "paku dulang" sebab cam lg best..huhu

Wakaka..
Serius aku tak paham dengan orang sekarang ni.
Beria je kata orang tu jahat la.
Tak de adab la.
Perangai cam h@nj!ng la.
Tak tau hormat orang lain la.

Habis...Kau tu.
Macam bagus sangat.
Aku tgok kadang lagi teruk.
Mengata orang tak tentu pasal.
Panggil orang lain h@nj!ng. (Sian anjing..Kalau tak anjing yg kena, mesti nama Cik B@b! yg naik)
Ingat beradab sangat la.
Ingat dah baik sangat la.

Bukan nak kata apa la.
Tapi memang perangai manusia camtu kot.
"Gajah depan mata tak nampak, Kuman seberang laut yang kau nampak"
Orang lain semua salah.
Kita je yang betul.
Aku pun kadang2 ada gak terkata, terkutuk orang lain.
Ye......Kita memang ada hak untuk bersuara.
Tapi rasanya tak yah la nak lantang sangat bersuara.
Kita pun belum tentu sempurna.


Nota Berkaki Zati >_> Muhasabah diri sendiri. Tak yah nak sibuk2 sangat betulkan kekurangan orang lain tapi baiki kekurangan diri dulu. =D

Monday, July 11, 2011

Quote of The Day #3

Mood : Cikgu BM

"Belajar memperbaiki kesalahan atau kekurangan daripada Sejarah. Bukan menyalahkan Sejarah"


Nota Berkaki Zati >_> Tu la..Dulu masa skola asik tido masa cikgu ajar sejarah. Cikgu cerita pasal zaman feudal, time tu gak la ko pun sibuk nak pergi zaman feudal(TIDO/Berangan)..hahaha..Rasa rugi lak tak belajar sejarah betul-betul.. :|

Quote of The Day #2

"Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa"