Tuesday, October 25, 2011

Quote of The Day #7

Lama sudah tak post pasal Quote..
Tetiba teringat kata2 dari lecturer Parenting aku aritu...
Banyak oooo kata2 yang best dari beliau aritu...
Tapi sikit je yang aku ingat pun....hoho

"Sometimes you need try to be a Neutral"
Walaupun hati kita tetap akan berat pada sebelah pihak..

"When you want to talk about someone older than you or you not really know, try to call them with appropriate name or title"
Sesuka ati ko je panggil nama camtu..Ingat tu kawan ko ke???

"Don't break men's ego,
 Don't shake women's pride"
Hoho...bak kata madam, tu antara tips bila da kawen nant ye kawan2...

Muahahaha....Like2...Kelas parenting sangat best ooo...
Taktau la kalo memula ni je best...
Almaklum la...Sebab takde keje lagi kot...hahaha...

Thursday, October 20, 2011

Islamic Performance Night - Convest 11-IIUM-

Hoho...suka update cite lambat seminggu...
Ok... 1 lagi event yang aku pergi sem ni.
Mak ai...Program kelab cam tak de(tapi ada la gak sesikit...haha).
Tapi banyak lak mende lain aku pergi.

Pergi ni pun sebab Nina ajak ek..NINA AJAK....
Muahahaha...
Bajet tak nak ngaku diri sendiri pun nak pergi.

Tempat: CAC Main Hall, IIUM
Tarikh: 15 Oktober 2011
Masa: 8.00-11.00pm
Tiket aku & Nina.. =D

Disebabkan pergi lambat..
So, tempat duduk pun kat belakang la ye.
Gambar bwah ni pandangan dari tempat kitorang duduk..
Belakang kan...Hu...sangat belakang...
 
Sebab lambat?? tudung aku carik pasal...
Nasib baik tak ngamuk sebelum pergi.
Tak pasal Nina da hampir jadi mangsa aku time tu..Muahaha...

Perjalanan event tu ok la..
Takleh nak banding ngn mana2 pn...
Sebab before ni tak penah pergi event2 camni kat uia..
huhu....Tetiba lak sem ni rajin sangat...
Yola...selama ni asik duk kat bilik je..

Hu..da lama tak tengok persembahan nasyid bez gak la..
Tapi silap lak tak study lagu diorang dulu b4 g...
Agak ternganga la nak dengar lagu diorng tu..
Tapi nasyid skang pun boleh tahan rancak la ek..
Lagi2 lagu Mirwana..
Ada 1 tu cambest..tapi tak ingat tajuk la pulak...huhu..

Forum pun bez..
Sayangnya Wardina sekejap je...
MC die Hafiz Hamidun memang kelakar.
Asik carik pasal ngn Heliza.
Tapi paling bez dengar Akhil Hayy nyanyi lagu tuk rancangan Imam Muda tu.
Duh...Siap ada 1 brother tu nyanyi sekali ngn die..
Bez gak la suara brother tu..
Sangat berkeyakinan diri..
Agak2 pasni bole jadi penyanyi nasyid gak kot...hehehe...

Tu persembahan last la..
Pastu balik...
Ngantuk..
Tido...Hahaha...

**Minggu ni da stat ada Mid Term... =|

Friday, October 14, 2011

The Sultan of Selangor's Cup 2011

Pergh...lama suda da tak mengupdate blog...
Meh sini cite sket pasal tengok bola...

Tempat: Stadium Shah Alam 
Tarikh: 1 Oktober 2011
Masa: 8.00pm (Veteran Selangor vs Veteran Singapura)
          9.00pm (Main Match-Selangor Selection vs Singapore Selection)

Jalan..Jalan...Jalan...
Pastu,
Bola..Bola..Bola...
Muahahahaha....

Pergi tak dijangka..
Bajet tak g, tp sebb da ada tiket lebih, pergi je la.
Hu...Sangat best. Lain kali kalau ada lagi game rasa nak g lagi..
Cam biasa la. Pergi mana2 mesti ada rasa sonok & tak sonok....

Sonok sebab:

1. 1st time g tgok bola kat stadium.
2. Terasa semangat semua org yg tgok bola kat situ. Ikut sekali serap semua semngat tu..Hahaha
3. Pergh...tatau lak perlawanan bola ni ada artis. Best dengar Amy Search nyanyi live..1 stadium ikut nyanyi..
   Ni mesti semua stok2 kaki rock kapak....Peewitt...
4. Persembahan ala2 awek James Bond..Pastu kua bunga api...
5. Bole lepas perasaan kat sana. Muahaha...Serius bole jerit tanpa rasa bersalah..Sebab semua orang pn  bising gak. Hu...tapi aritu kata2 kuar dari mulut kne tapis sket sbb kat dpan aku ada dak kecik...huhu...

Tak sonok:
1. Lupa bawak kipas.
   Panas kot masa baru smpai. Penat carik tmpat duduk. Tapi lama2 ok la. Terasa sejuk sikit.
2. Rokok.
   Duuhhhh....Ni salah 1 punca haba kat situ bertambah...Geram aku..
   Bak kata Gary Running Man.."Streesss"....!!
   Diorang ni pun...Tau la kat situ tak de tanda kawasan larangan merokok.
   Kalau cakap nant katanya, "takde tanda dilarang merokok pn kat sini..."
   Weh....agak2 la pun. Tempat sesak camtu bole lagi nak sedut asap tu dalam2.
   *****Analogi yg aku wat...
   **Contoh la...korng ni lelaki..Andaikan korang kat tmpat yang ada ramai orang, pastu korang tak tahan  sangat nk kencing...Pergi carik tandas..Cari..cari..cari...
     Bila da jumpa, nampak lak tanda tandas tu tuk pompuan..Tapi mesti tak masuk kan..kenapa?? Segan??Asal lak nak segan2??? Kt depan tandas tu tak tulis pn lelaki tak leh nak masuk..
     So, tak bole ke segan sikit nk merokok kat tmpt2 yang orng ramai ngah duduk kt situ..lagi2 kt orang yg bawak anak kecik.
   Weh...Kiri kanan awak tu ada dak kecik. Kalau ko taknak sian kat kitorng yang dewasa ni, sian sikit la kat dak2 kecik tu.
   Tapi dalam ramai2 tu nasib baik ada yang paham gak bila da nampak aku & akak depan aku bagi hint kat diorang ngn kipas2 hidung kitorang.
   Tapi aku bukan takat kipas hidung je, asap2 kat atas aku pn aku kipas sekali.
   So nak kata, bole la 5 barisan belakang aku bole paham tuk matikan rokok mereka...Mekasih kerana memberikan kerjasama anda...:D
3. Selangor kalah.. =(
   Tapi takpe la...vateren menang pn ok gak...kekeke


***September g Stadium Merdeka, Oktober pulak g Stadium Shah Alam..Nov ni nak g Stadium Negara lak bole tak??
   waa~~2pm..asal la korang ni tak dtg Malaysia next year?? Bole kumpul duit awal2...

Tuesday, September 27, 2011

Korean Music Wave Malaysia 2011 - The Day

1st time pergi konsert bole aku simpulkan yang peminat yang tul2 fanatik agak "gila"...
Haha...Maybe aku bukan orang yang sesuai tuk dibawak ke tempat konsert sebab kadang2 aku rasa cam aku ni takde perasaan..Lagi2 time dengar lagu yang aku tak penah dengar.
Bajet konon2 nak simpan suara masa Big Bang la..(kononnya...)
Sampai abang aku kata "Takyah la nak wat muka macam tengok konsert depan TV." Hahaha..
Tapi kalau ada lagi konsert, still rasa nak pergi gak.Wakaka

Berbalik pada sebab apa aku kata yang orang tengok konsert ni agak gila?? 
(ni pandangan bagi aku yang 1st time jejak kaki kat tempat camni la ek)

1.)Time tu ft island wat rehearsal. Orang tak ley masuk pun lagi dalam stadium.
Kita tak bole pun nak tengok muka diorang. Tapi fan diorang yang kat lua da stat menjerit.
Sama gak la masa Top&GD wat rehearsal.Tapi rasanya ni lagi gila.
Biasa la. BIG BANG kot...Ok.Gitu rupanya Kipas-Susah-Mati diorang ni..Hehehe

2.)Nak masuk lak.Masing2 berasak2 nak barisan paling depan.Biasa la. Beli tiket yang free seating. So, nak dapat tempat best, beratur nak paling depan la.

3.)Berlari masuk dalam. Walaupun diorang da jadi orang awal masuk stadium, aku tengok masing2 berlari tuk cari tempat paling best.

Cerita pasal performance lak.

Ft Island
SUPERB+AWESOME. Seriously suara Lee Hong Ki tak bole nak di pertikai sedapnya.
Sama cam dalam mp3. Lagi best kot...
Rasa SANGAT2 tak puas lagi nak dengar dia nyanyi live. Sangat enjoy..
Kalau pasni Ft Island nak datang lagi Malaysia, aku sure akan pergi...=D
Teringat plak masa MC tanya kat Ft Island pasal makanan malaysia mana diorang suka. Serius aku rasa kelakar.
Mula diorang jawap tak makan lagi sebab tak sempat.
Pastu MC dari Arirang gitau list makanan(taktau la die nak bg cadangan kat ftIsland ke atau apa. Sebab bising sangat dengan jawapan orang sekeliling. Aku tak dengar)
yang antaranya kari kambing, roti canai, teh tarik, prata, blablabla..
List makanan tu yang aku rasa kelakar sebab bila fikir balik semua tu makanan mamak.
Hehe..Nampak sangat kita orang Malaysia suka lepak makan kat restoran mamak.

Pastu sape ek??

Ukiss
Masa lagu Neverland aku layan la. Sebab tau..Pastu senyap. Activate balik masa lagu 0330.Hahaha

4Minute
Diorang ni pun sangat best. Satu2 nya grup pompuan. Duh...Exited sungguh semua lelaki. Lagi2 cina belakang aku.
Semua lagu die ikut nyanyi.Hahaha.

TeenTop
Noona Noona Jiman...Kekeke..Tu je aku tau...

Park Jung Min
Haha..Banyak2 lagu yang die nyanyi aku tau 1 je. Im not alone. Tapi best gak tengok die nyanyi.
Lagu2 die semua cambest. Walaupun sebelum ni aku tak pernah dengar, tapi rasa cam sedap.
Suka tengok die wat persembahan. Paling tak tahan, siap goyang punggung lagi.
Agak2 die tulis nama die ke rr?? Sebab yang aku pasan artis korea ni suka tulis nama diorang guna punggung. Huhuhu...
Tapi paling cute masa die nak baca text yang die da siap bawak dalam poket.
Alih2 bila nak baca, tulisan lak takde.Tak tau la yang tulisan tu hilang or dia salah bawak kertas.
Haha..Dia nampak agak kabut la time tu.

Yang Paling2 dinanti....

Seungri, GD&Top
Ni aku tak leh nak kata pape da.
Start Seungri nek pentas je, semua da menjerit. Orang yang duduk kat area tempat duduk yang ada nombor masing2 da berdiri.
Masa Top & GD jangan kata la...
Memang semua da exited sangat.
Sampai dua orang sister depan aku ni pun exited gile berdiri sambil melompat2 depan aku.
Agak2 la sis, belakang awak pun ada gak orang nak tengok...
Nasib bek yang salah sorang tu exited die kejap.
Nak harap aku bangun memang payah la.
Duk jenguk2 kat celah2 antara diorang je la...huhu...
Tapi.......bukan nak kata pe la...Baju Top meriah sangat la...hehehe...

Last sekali..
Huh...sungguh dasyat aku tengok peminat Big Bang..
Semua da duk jerit nak dengar lagi diorang nyanyi..
Tapi biasa la...Takde siaran ulangan...(hmm...takde kot..sbb pastu ak trus bla..mals nak rempuh keluar ngn orang ramai..) huhu..
kedudukan tempat duduk aku yang agak ke tepi ye...

**Nak g lagi kalau pasni Ft Island nak datang Malaysia lagi.. =D Kalau Fanmeeting mesti lagi best...

Thursday, September 22, 2011

Korean Music Wave 2011

Hohoho...This coming saturday....Exited + Nervous... =)


Nasib baik artis die tak banyak sangat yg bez.
(Tapi bole tahan best la gak..hahaha)
Kalau tak mau gak menghabis duit beli tiket mahal sket..hahaha...

**Kalau ada orang nk tolong sponsor g konsert 2PM pun bez gak...hahaha