Wednesday, December 28, 2011

Youtube---Salji

Hahaha...
Exited gile tengok kat youtube ada snow flakes kat video dia..
Memula aku pelik gak tengok butang tu...
Rasa cam tak penah tgok before ni..
Tapi bila adik aku cakap baru aku tau fungsi dia..
Comel...
Haha..
Sebab tu aku suka ngan Google & Youtube.. =D
Suka Google sebab rajin tukar logo..

Salji turun~~




Butang tuk tekan kasi salji tu turun.. =D



Haha..comel kot..taktau ada lagi ke tak skang ni..
Mesti wat sempena krismas aritu..
Banyak je idea diorang nak wat mende2 camni.
Kan bagus kalau aku pun ada imaginasi & bole wat camni ..
=D

Tuesday, December 27, 2011

Orang Kita -- Di Kenduri

Teringat baca post membe aku kat facebook semalam.
Post pasal makcik2 kat kenduri tanya bila nak kawen.
Hu..
Tu 1 masalah sebab apa aku malas nak pergi kenduri.
Lagi2 kenduri yang kena masak2.
Time tu la ada golongan2 yang suka komen & tanya banyak menda.
Kadang2 pe yang diorang cakap tu cam mengguriskan hati orang lain.
Bukan semua la camtu..
Tapi segelintir yang ni la yang sebabkan aku malas pergi kenduri.

Ok, cite pasal membe aku tadi...
Bagi aku, asal la yang makcik2 ni amek berat sangat pasal anak orang lain??
Kalau tanya sekali ok la..
Ni tiap2 kali jumpa kat kenduri nak tanya..
Duk sibuk2 tanya, nak jadikan menantu ke??
Tu kisah kalo orang yang belum kawen.

Kalo yang da kawen lak...
"Ni da kawen bila nak tambah orang baru?? Da lama kan kawen ni??"
Aduh...
Ambek berat sungguh mereka ni kat anak orang lain..

Kalau kes aku lak...
"Isyh2....Besar anak dari mak.."
--Muka aku time tu = Senyum manis

"Ingat tadi adik & kakak"
--Senyum lagi..
--Dalam hati = "mak aku awet muda la"

"Makan apa ni???"
--Muka = Senyum
--Dalam hati = "makan nasik la..kang cakap makan orang, takut lak"


Ok..sekali tanya ok la kan..
Next kenduri,
Orang sama, Soalan sama...
Kali ni....

--Dalam hati aku = "Isyh2..banyak tanya lak. Saya makan nasik la makcik. ++McD, Kepci, Blablabla..yang banyak tanya sangat asal?? rasanya sepanjang hidup saya ni, saya tak penah lak mintak beras makcik tuk makan..bapak saya yang bagi duit kat saya..rasanya takde susahkan makcik kan.."

Hahaha...tu semua, pe yang terluah kat dalam hati aku la..
Kalau tak memikirkan mak & bapak aku, mungkin semua tu da terkeluar dari mulut.
Tapi nasib baik sabar tu masih mengatasi perasaan geram.
Plus lagi satu, rasa hormat kat orang tua..


Bahasa melambangkan bangsa...
Hahaha...Menyahut kempen Budi bahasa budaya kita..
Sumber - istanabudaya.gov.my

Indahnya Hidup

Siyes aku cakap indahnya hidup kalau hanya makan, minum dan tidur.
Tak yah nak fikir assignment, projek, exam, FYP(wa~~nina mesti bising kalau aku lupakan yang ni..haha)

Aritu konon taknak balik sebelum exam.
Tapi bila difikir2 bilik......
"Apa?? Zati taknak balik umah??? Lama lagi kot nak exam"
Hahaha...So, bila call mak & mak aku kata nak amek, siyes hati sangat berbunga.
Hu~~
Ingat balik ni nak rehat je kat umah.
Rupanya banyak agenda yang bapak aku nak wat.
Pergi kenduri kawen, pergi umah makcik, blablablabla......
Nasib baik plan nak pergi lumut tak jadi.
Penat suda...Walaupun cuma duduk kat tempat penumpang..
Hu...Sian bapak aku yg bawak kete..Mesti lagi penat..

Tapi sonok duk umah sebab puas dapat makan.
Tapi mulut lak penat tak berenti kunyah makanan..
Duh...balik umah bertambah2 kalori aku..huhu
Aritu duk melayan adik aku yang kemaruk nak bakar ikan.
Hahaha....
Selalunya bab2 nak hidupkan api ni serah kat adik & mak aku..

Aku tukang perhati & tukang bakar ikan..
Tapi kali ni join sekaki hidupkan api ngan adik aku..

So, ni la hasilnya...TADAAA~~~
Proses 1 - Bakar arang 




Proses 2 - Bakar ikan + ayam

Proses 3 - Angkat yang da masak, letak kat pinggan


Proses 4 - Makan (gambar tak sempat nak amek sebab da lapar sangat. Makan pun da lambat..kul 3petang)

=D

Friday, December 16, 2011

Skip Beat!

Seriously rasa exited nak tgok cite ni.
Almost 3 years kot tunggu cite ni nak kua.
Sangat lama~~~~
Akhirnya kua gak trailer die.
Maknanya, drama die akan menyusul kuar.
Hohoho..
Tapi agak kecewa sebab bukan Jerry Yan & Ariel yang blakon.. =(
Dua2 pelakon yang aku suka..Wa~~~~
Walaupn Jerry cam da tua, aku still suka tgok die blakon.
Hensem lagi kot..
Cam zaman2 die blakon kat cite Meteor Garden.
Sampai sekarang ni rasa exited nak tgok drama yang diorang2 ni ada.
Mana tak nya, hidup dulu pun membesar dengan drama2 Hong Kong & Taiwan..
Drama dia yang paling baru aku tgok 'Down With Love'..(tapi tak berapa nak baru sangat la..)
Tapi serious still hensem cam dulu...Hohoho

Haha...berbalik pada cite Skip Beat!
Hmmm...pelakon pompuan dia aku cam xpenah lak tgok die blakon..
Yang lelaki lak, Si Won & Dong Hae...(Dua2 tu suju ek??)
SiWon aku bese gak la tgok die berlakon.
Tapi Dong Hae tu tak penah lak.(Tapi cam hensem je..muahaha)
Harap2 cite ni seBEST Anime dia.

Sinopsis
Tekan link ni >>> Skip Beat! (Wiki)

Gambar
(Versi Manga - Sumber Google)
(Versi Drama- allkpop)


Nak tengok katne??
Wa~~~ Harap2 ada dapat jumpa link tuk cite ni.
Kalau cite korea tak gaduh sangat.
Senang nak carik.
Tapi kalo cite taiwan ni cam susah sikit.
Lagi2 bile aku da tak berapa nak aktif donlod-mendonlod ni...
Skill nak carik link da berabuk....Hahaha..