Heee...Lama tak mengarut kat sini.
Bila nak mengarut mesti ambik masa berbulan-bulan.
Kali ni nak ngarut pasal pe??
Pasal WhatsApp. Ngaahhahahaha...
Tibe je cite pasal wasap ni?? Hikhikhik..
Sebab senang kot guna wasap sekarang ni..
Tapi yang sebenarnya nak duk cite pe yang terbuku dalam hati..(muahaha..pasal wasap pun leh terbuku kat ati??)
Pe sebutan sebenar wasap ni eh??
Aku duk sebut "wasap" je..
Tapi ada orang sebut "Wassep"..
Hmmm...dulu tak bape nak konfiden sebut WhatsApp kat org lain..sebab org lain ngan konfiden nya duk sebut-sebut "Wassep".. Cam salah sangat pe yang aku sebut..(motip lak nak rasa tak konfiden..hahaha..)
Tapi sebab tak puas ati punya pasal, punyala gigih duk membaca pasal wasap ni..
Now, finally i get the confident..hohoho..
Tapi tak kisah pun..Sukati la sesapa nak panggil apa pun.. :D
Pulau Kapas ni pun mula takde la rancang nak pergi sangat(rasanya la).
Tapi sebab kawan ajak(alang-alang pergi umah die) dan parent pun bagi lepas....
Hehe...pe lagi..
Sampai la saya ke Terengganu setelah berapa lama tak menjejak kaki ke situ.
Pendek cerita, pergi ni pun bertiga je.
Aku dan kawan dua orang(merangkap akak..heee..saya adik je.)
Pagi-pagi da tercongok kat jeti nak tunggu bot bawak kami ke Pulau Kapas tu.
Da la memang takde orang lain pun kat situ(pelancong la maksudnya).
Mana tak nya. Pergi pun hari Rabu. Hahaha. Terbaik kan.
Sunyi di pagi hari - di jeti
Heee..Sampai kat pulau tu dalam kul 10.
Tak silap ingatan, perjalanan dari jeti ke pulau dalam 10 ke 15 minit (anggaran je la pun).
Hee..Kitorang amek satu bilik(chalet). Harga da tak ingat. Tapi kalo tak silap sorang rm100++(tapi tak ingat la berapa yang ++ tu..haha). Tido+Makan+Bot+(sekali Snorkeling kot)
Ni la tempat kitorang menginap
Pandangan dari penginapan kitorang. (Best gile tengok air laut tu)
Hahaha..Sampai tu memang exited la.
Masing-masing tak sabar nak celup kaki dalam air.
Kak E dan Kak Nad punya la tak sabar nak pergi snorkeling.
Tapi sebelum menunggu waktu tu, ronda-ronda pulau jalan kaki dulu menikmati keindahan ciptaan Allah.
=D
Jalan-jalan 1
Jalan-jalan 2
Jalan-jalan 3
Jalan-jalan 4
Finally..Snorkeling
Tapi pe yang best kat sini, kita boleh la tenangkan fikiran.
Nama pun bercuti kan.
Ok la. Dari merapu tah pape, meh tengok gambar-gambar, cuci mata. =D
v
v
v
v
v
v
v
Cuci mata 1
Cuci mata 2 - Tempat penginapan
Cuci mata 3
Cuci mata 4 - Credit to Kak E
Cuci mata 5 - Credit to Kak E gak
Oooo...
Nasib baik teringat penutup.
Haha.
Kiranya kitorang balik besok harinya dekat-dekat nak tengah hari.
Sekian.. =D
p/s.: Disebabkan aku update post ni tahun 2013, makanya gambar-gambar semua tu aku letak sebagai tahun 2013. Tapi cerita perjalanan ni, 2012. Stated kat tajuk tu. So, rate harga dan gambar ni mungkin tak sama ngan masa tahun 2013 ni.
(Post yang lama tersadai dalam draft aku ni)
Hee.
Cam biasa.
Mana tempat best yang my bros nak pergi, aku pun mesti nak ikut.
Kali ni tempat yang best tu = stadium. =D
Punya la semangat nak pergi stadium tu.
Padahal bukan la hardcore bola pun.
Saja sesuka tengok2 suasana kat situ.
Tempat : Stadium TLDM, Lumut Perak. Tarikh : 22 Jan 2013 Masa : 8.45pm
Semangat nak pegi pun sebab tempat tu cam tak berapa nak jauh ngan umah.
Sesudah dapat green light dari bapak aku, kitorang pun pergi la ngan senang ati nya.
Sampai situ lebih kurang kul 8 lebih2 sikit.
Muahahaha..Ikut sesuka ati je datang2 nak terus masuk stadium.
Cantik terpacak kat pagar stadium tu, baru tau tiket kne beli awal2 kat lua.
Hokey. Tunggu jap abang aku duk beli tiket.
Nasib baik tak ramai sangat beratur masa tu.
Memula masuk ni, orang tak ramai pun lagi.
Konon2 kitorang ni duk kat tmpat Selangor la.
Tapi last tempat duduk kitorang ni suma penyokong Perak.
Huhu. Tak kesah. Janji dapat duduk. =D
Nak cite banyak sangt pun da tak ingat.
Almaklum la. Cite lama.
Tu la. Keje suka sangat bertangguh.
Tapi pe yang aku nak kata sape yang kata orang pompuan je emo?
Lelaki pun sangat la boleh tahan emo bila tengok bola.
Huhu..
Kesimpulan nya, bila kita da exited dan obses pada satu bende tu, sapa2 pun leh jadi emo.
Tak kira lelaki atau perempuan.
Duk tengok folder lelama dalam laptop tiba ternampak lak gambar yang aku duk edit dedulu.
Muahaha. Macam la lama sangat dedulu tu.
Baru tahun lepas je.
Salah 1 faveret teknik yang aku suka dalam fotografi. Tilt Shift.
Teknik ni kira nak kasi nampak gambar real jadi cam mainan.
Yeke?
hahaha..Pepoyo je. Mungkin la kot.
Kalau yang aku duk baca kat tenet, orang2 yg minat fotografi & duit banyak bole la beli lens yang memang khas tuk tangkap gambar camni. Rasanya mahal kot. Rasanya.
Yang aku wat ni guna photoshop. Tak de lens memahal gitu..Hahaha..
So, hasilnya kat bawah ni.
v
v
v
v
v
v
v
v
Gambar 1 - suka tgok keta bebanyak. Tangkap gambar dari Menara Taming Sari.
Gambar 2 - Sama ngan gambar atas. Tapi yang ni fokus kt bangunan.
Gambar 3
Gambar 4 - Kapal yang kat Bandar Melaka tu.
Gambar 5
Suma gambar ni tangkap dari Menara Taming Sari kat Melaka tu. Sangat sonok naik atas tu. Kalau tak sebab orang ramai sangat beratur, memang rasa nak je naik sekali lagi. Haha.
Ha..sebelum terlupa. Teknik ni elok dan senang nak wat kalo gambar tu ditangkap dari sudut yang tiggi. Sudut tu yang membantu menampakkan ilusi kecik tu.=D
Hu...
Pagi2 jumaat dapat mesej dari kawan. Kak Mas.
"Nak pergi Korea Carnival kat UTAR tak?"
Lebih kurang gitu la mesejnya.
Hehe...hati cam nak pergi..
Tapi cam serba salah lak sebab kerja banyak lagi tak siap.
FYP lagi...wa~~~
Tapi tetiba bila tanya Nina, dia pun kata rasa nak pergi..
Huhu...Pe lagi..
Ulam dicita pucuk mendatang...
Ok2...Jom pergi...
So, Sabtu pun kami bergerak dari uia lebih kurang pukul 9.30++...
Pergi ngan Nina & Kak Mas..
Jangan tak caya kalau yang lagi exited nak pergi tu Nina...
Naik turun bas, naik turun LRT, naik turun bas lagi, pastu sampai la kat UTAR.
Kehkehkeh...
Masuk je dewan tu, terasa kejutan sikit la...
Muahaha...Muka aku terus je blur...
Nina je dapat tegok muka aku yang sangat2 blur masa tu..
(Tah2 dalam ati dia, gelak kaw2 kat aku..hahaha)
Pendekkan cita,
Nina punya la syok dapat tanggap gambo ngan Hanbok(Baju tradisional Korea)
Siap ada model laki lagi...
Pas da try baju, pusing2 tgok gerai2 yang jual barang lak.
Siyes blur tak tau nak beli pe..
Beli kupon cuma rm20 je.
Kira punya kira...
Siyes la pening pale aku..
Kalau guna duit, pening bila da kat bilik nant je..
Pening sebab guna duit banyak sangat..
Muahaha...
Nina & K.Mas + Auntie yang wat Kimbap
Pepoyo wat gaya tuh..haha
Kehkeh..Love dari Nina & K.Mas
Ok,
Yang aku beli memula:
Makanan = Jajangmyun & Kimchi Pancake
Jajangmyun -rm6
Kimchi Pancake -rm4
Tu lapar punya pasal..
Sambil makan, sambil dengar cara2 camne nak wat kimchi..
Ceh2...konon2 nak tau la camne cara sebenar nak wat..
Tapi bila aku tengok, lebih kurang sama je ngan aku wat aritu..
Ok..kira betul la da tu...hikhikhik...
Pas makan, carik sikit lagi barang sebab nak habiskan kupon..
Pening gila pale aku nak fikir beli pe..
Nasib baik ada Nina tolong fikir nak beli apa..
Huhu..
Lebih kurang kul 2 kot kitorang gerak nak balik.
Pastu k.mas balik uia, aku & Nina amek kesempatan pergi JJ Wangsa Maju..
Hohoho..
**muhahaha...gigih tul tulis blog petang2 ni...kan bagus kalau wat FYP segigih cam tulis blog ni..
Hahaha..
Siyes kelakar nak wat kimchi...
Bahan?? --Tak cukup
~~Gila sesuka ati letak & ganti bahan..
Rasa?? --Ntah la..tak ingat rasa yang penah makan dulu
~~Abang aku kata btol la rasa tu..
Ok...Aku nak carik rasa yang betul2...Wa~~nak pergi makan kat restoran korea~~~
Tak pasal sakit perutku~~~
Gambar?? --Upload next time..
Heeee... =D
Huarrrrr....
Selalu je wat muka blur bile pegi tempat yang aku tak biasa.
Ok...
Selalunya pergi pasar(pasar basah yang jual ikan segala tu...) ngan mak aku.
Jadinya aku tukang tolong bawak barang je la..
Tapi kali ni bapak aku suh kitorang adik beradik pergi sendiri carik lauk.
Hu~~~
Sebelum pergi cam konfiden je.
Tapi bila da sampai........
Memacam solan aku tnya kat adik aku...
"Was, nanti ko yang tanya harga ek.."
"Was, selalunya harga ikan camtu berapa??"
"Was, ko rasa mahal tak harga dia tu??"
"Was, nak sayur pe ni???"
Duhh....Serius blur gila bila da kat dalam pasar tu.
Cam kelakar pun ada..
Kalau pergi pasar raya da tak de masalah..
Tiggal je aku sensorang kat situ, memacam bole dapat..hahaha...
Hu..nampak nya lain kali kena survey harga dulu barang kat pasar..
Baru konfiden nak beli barang...hehehe
Ok...
Nak kata aku ni bukan la jenis yang fanatik sangat kat group-group Kpop ni..
(Hmmm...Yeke??? Ye kot...Hahaha..)
Tapi yang aku ingat zaman dahulu kala aku cuma minat kat drama-drama dia je.
Penyanyi dia kurang layan sikit.
Bab2 lagu ni amek masa nak kena kat telinga aku.
Kalau aku da tengok drama tu baru aku akan suka kat lagu dia.
Tapi 1st time je dengar lagu Ft Island "Love Sick" terus jatuh cinta.
Disebabkan melodi & suara Lee Hong Ki.
Okeh...tu cerita dulu..
Cerita sekarang...
Aritu masa lepas pergi Korean Music Wave,
aku serius rasa nak pergi tengok Konsert Ft Island kalau diorang datang lagi kat Malaysia.
Huuu....Tak sampai bape bulan, abang aku tetiba bagitau Ft Island nak datang Malaysia wat konsert.
Ngan konfidenya aku suh dia belikan tiket...Hahaha...
Beli yang paling murah je la pun..
Nak beli memahal, semput la duit aku tuk nex sem..
+++++++++++++++++++
Hari di nanti tiba akhirnya.....
Before masuk Stadium, aku rasa banyak mende kelakar yang aku nampak.
Tapi paling yang aku ingat, ayat sorang Pakcik ni kat orang yang exited beratur..(tak sure siapa. RELA or Polis)
"Rilek la dik, artis tu tak siap pakai underware pun lagi"
Hehehe...Agak kelakar dengar pakcik tu cakap...Selamba je...
Bila da masuk, cam biasa la.
Sebab free seating kan, masing2 berebut nak tempat bez.
Aku cam biasa wat rileks.
Cakap kat abang aku, "kalau da jodoh kita ngan tempat tu, tempat tu la yang kita dapat".
Hahaha...Taktau dia 'panas' hati ke tak..Sesikit cakap pasal jodoh.
Tempat duduk pun nak kata pasal jodoh lagi.. =P
Sebelum start. Antara gambar yang elok. Tangan gegar. Hahaha
See, tempat aku ni kira yang paling ok la tuk free seating. Belah kiri yang ada palang tu harga lain.
Kalau da nama jodoh kan...hehehe
Da start
Huu~~~
Exited tuk dengar Ft Island secara live.
Sangat2 memuaskan hati..
Aku sangat2 salute ngan vokal & stamina Hong Ki & juga the other group members.
Diorang perform lebih kurang 5 songs non stop.
Da la rancak2. Bukan senang kot.
Rehat yang panjang sikit dalam 2 or 3 kali.
Tapi paling bez gimik yang diorang wat.
Dekat2 last tu, diorang kata diorang da nak habis perform.
What the??? Lagu yang aku suka takde??? Hu..old school sangat ke lagu tu sampai diorang taknak nyanyi??
Habis je lagu, terus turun..
..........................................
Takde say goodbye pape?? What???
Before masuk tu aku dengar kot diorang ada rehearsal lagu "Like Birds". Takkan takde kot...
Ok, gimik tu..
Rasanya after 3 or 4 mins, diorang kua balik.
Ok, confirm gimik..
Diorang nyanyi lagi for 3 more songs; Love sick, Until you Return(rasanya. Selalu keliru ngan after love) & Like Birds.
Dan membuatkan aku exited gila, lagu yang aku nak..
Finally!! Dapat gak dengar lagu tu LIVE...
LOVE SICK!!!!
Oppa~~Saranghae....Wakakaka(takde maknanya Oppa. Dongsaeng kot...)
Tu jeritan daripada fans yang lain la...
Gambar last after finish perform all songs.
Hahahaha...Puas2....
See You Next Time Ft Island!!!
***Next time lak.....CnBlue please..Chaebal Chaebal.....=D
Haha...1st time kena duk bilik sensorang..Wuwuwu~~~
3 malam tu.. nak tunggu hari sabtu...(Bukan sebab exam pun)
Semua ni disebabkan.......tettttt......Kekeke....
(Thanks Nina & Lat coz risaukan aku before nak balik aritu..aku tau korang sayang aku...aku je suka wat jahat & buli korang....hahaha)
Serious ari memula kena tinggal cam kucing mati anak..
Disebabkan nak hilang rasa cam jadi kucing tu, aku pun ajak member aku, Harma pergi jenjalan..=D
Ok..
Pergi tu sekali ngan Mieza & Yatie...
Pergi jenjalan kat tempat biasa la.
Jaya Jusco Wangsa Maju.
Harma duk usha buku.
Aku blur tak tau nak pilih buku apa...
So, pusing-pusing kat MPH sampai kaki lenguh...:(
Nasib baik malam memula Harma teman..:D
Bez sikit ada membe malam tu..
(Thanks Harma! =D)
Malam kedua duk le sensorang..
Tapi sonok gak sebab siang tu da copy banyak cerita dari Harma..
Siang esoknya tak bosan sebab Keluar!!!!!!
Yeay!!!
Ok. Nina.....!!! Saya da berani & OK duk sengorang..InyaAllah...
Saya da besar....hahaha....
Sangat-sangat serius!!! Penantian tu 1 penyeksaan...
Tapi bila da sampai waktunya terasa sangat la puas... =D
Hahaha...
Exited gile tengok kat youtube ada snow flakes kat video dia..
Memula aku pelik gak tengok butang tu...
Rasa cam tak penah tgok before ni..
Tapi bila adik aku cakap baru aku tau fungsi dia..
Comel...
Haha..
Sebab tu aku suka ngan Google & Youtube.. =D
Suka Google sebab rajin tukar logo..
Salji turun~~
Butang tuk tekan kasi salji tu turun.. =D
Haha..comel kot..taktau ada lagi ke tak skang ni..
Mesti wat sempena krismas aritu..
Banyak je idea diorang nak wat mende2 camni.
Kan bagus kalau aku pun ada imaginasi & bole wat camni ..
=D
Teringat baca post membe aku kat facebook semalam.
Post pasal makcik2 kat kenduri tanya bila nak kawen.
Hu..
Tu 1 masalah sebab apa aku malas nak pergi kenduri.
Lagi2 kenduri yang kena masak2.
Time tu la ada golongan2 yang suka komen & tanya banyak menda.
Kadang2 pe yang diorang cakap tu cam mengguriskan hati orang lain.
Bukan semua la camtu..
Tapi segelintir yang ni la yang sebabkan aku malas pergi kenduri.
Ok, cite pasal membe aku tadi...
Bagi aku, asal la yang makcik2 ni amek berat sangat pasal anak orang lain??
Kalau tanya sekali ok la..
Ni tiap2 kali jumpa kat kenduri nak tanya..
Duk sibuk2 tanya, nak jadikan menantu ke??
Tu kisah kalo orang yang belum kawen.
Kalo yang da kawen lak...
"Ni da kawen bila nak tambah orang baru?? Da lama kan kawen ni??"
Aduh...
Ambek berat sungguh mereka ni kat anak orang lain..
Kalau kes aku lak...
"Isyh2....Besar anak dari mak.."
--Muka aku time tu = Senyum manis
"Ingat tadi adik & kakak"
--Senyum lagi..
--Dalam hati = "mak aku awet muda la"
Ok..sekali tanya ok la kan..
Next kenduri,
Orang sama, Soalan sama...
Kali ni....
--Dalam hati aku = "Isyh2..banyak tanya lak. Saya makan nasik la makcik. ++McD, Kepci, Blablabla..yang banyak tanya sangat asal?? rasanya sepanjang hidup saya ni, saya tak penah lak mintak beras makcik tuk makan..bapak saya yang bagi duit kat saya..rasanya takde susahkan makcik kan.."
Hahaha...tu semua, pe yang terluah kat dalam hati aku la..
Kalau tak memikirkan mak & bapak aku, mungkin semua tu da terkeluar dari mulut.
Tapi nasib baik sabar tu masih mengatasi perasaan geram.
Plus lagi satu, rasa hormat kat orang tua..
Bahasa melambangkan bangsa...
Hahaha...Menyahut kempen Budi bahasa budaya kita..
Siyes aku cakap indahnya hidup kalau hanya makan, minum dan tidur.
Tak yah nak fikir assignment, projek, exam, FYP(wa~~nina mesti bising kalau aku lupakan yang ni..haha)
Aritu konon taknak balik sebelum exam.
Tapi bila difikir2 bilik......
"Apa?? Zati taknak balik umah??? Lama lagi kot nak exam"
Hahaha...So, bila call mak & mak aku kata nak amek, siyes hati sangat berbunga.
Hu~~
Ingat balik ni nak rehat je kat umah.
Rupanya banyak agenda yang bapak aku nak wat.
Pergi kenduri kawen, pergi umah makcik, blablablabla......
Nasib baik plan nak pergi lumut tak jadi.
Penat suda...Walaupun cuma duduk kat tempat penumpang..
Hu...Sian bapak aku yg bawak kete..Mesti lagi penat..
Tapi sonok duk umah sebab puas dapat makan.
Tapi mulut lak penat tak berenti kunyah makanan..
Duh...balik umah bertambah2 kalori aku..huhu
Aritu duk melayan adik aku yang kemaruk nak bakar ikan.
Hahaha....
Selalunya bab2 nak hidupkan api ni serah kat adik & mak aku..
Aku tukang perhati & tukang bakar ikan..
Tapi kali ni join sekaki hidupkan api ngan adik aku..
So, ni la hasilnya...TADAAA~~~
Proses 1 - Bakar arang
Proses 2 - Bakar ikan + ayam
Proses 3 - Angkat yang da masak, letak kat pinggan
Proses 4 - Makan (gambar tak sempat nak amek sebab da lapar sangat. Makan pun da lambat..kul 3petang)
Seriously rasa exited nak tgok cite ni.
Almost 3 years kot tunggu cite ni nak kua.
Sangat lama~~~~
Akhirnya kua gak trailer die.
Maknanya, drama die akan menyusul kuar.
Hohoho..
Tapi agak kecewa sebab bukan Jerry Yan & Ariel yang blakon.. =(
Dua2 pelakon yang aku suka..Wa~~~~
Walaupn Jerry cam da tua, aku still suka tgok die blakon.
Hensem lagi kot..
Cam zaman2 die blakon kat cite Meteor Garden.
Sampai sekarang ni rasa exited nak tgok drama yang diorang2 ni ada.
Mana tak nya, hidup dulu pun membesar dengan drama2 Hong Kong & Taiwan..
Drama dia yang paling baru aku tgok 'Down With Love'..(tapi tak berapa nak baru sangat la..)
Tapi serious still hensem cam dulu...Hohoho
Haha...berbalik pada cite Skip Beat!
Hmmm...pelakon pompuan dia aku cam xpenah lak tgok die blakon..
Yang lelaki lak, Si Won & Dong Hae...(Dua2 tu suju ek??)
SiWon aku bese gak la tgok die berlakon.
Tapi Dong Hae tu tak penah lak.(Tapi cam hensem je..muahaha)
Harap2 cite ni seBEST Anime dia.
Nak tengok katne??
Wa~~~ Harap2 ada dapat jumpa link tuk cite ni.
Kalau cite korea tak gaduh sangat.
Senang nak carik.
Tapi kalo cite taiwan ni cam susah sikit.
Lagi2 bile aku da tak berapa nak aktif donlod-mendonlod ni...
Skill nak carik link da berabuk....Hahaha..
Huhuu
Asemen tak siap2 lagi, tapi tangan asik gatal je nak tekan2 link yang ada kat depan mata ni..
Bila da tekan2, tetiba lak terjumpa balik blog lama..
Masa wat blog dulu tu rasa cam kena paksa pun ada..
Yola, masa awal2 kat cenfos duluda rasa cam orang zamanPaleolitik...
Erti kata lain, Zaman Kerabunan IT... "Aku dan IT Seperti Langit dan Bumi"
Muahaha..Tetiba nak bersastera pulak..
Email pun tak reti guna...Sadis Betol la...
Hakhakhak..Dulu sadis, skang ni rasa cam kelakar pun ada..
Nak wat email pun dapatkan bantuan daripada membe iaitu Erli..
Tu cite email..
Berbalik pada blog plak...
Bila pikir2 balik, banyak rupanya blog aku..
Antaranya yang aku da lupa email+password & jugak yang aku da delete..
Hohoho...
Meh usha blog memula aku masa kat cenfos dulu...
Post yang ilmiah tu...
Hohoho... http://poisonjellyfish.blogspot.com/
Nak berubah??
Jadi baik ke, jadi jahat??
Muahahaha Nak jadi baik susah, nak jadi jahat pun susah..
Tetibe teringat kata2 apek dalam cite "Madu 3" "Hidup Susah, Mati pun Susah..." Siyes part tu cam takleh bla...
Sapa kata nak jadi jahat tu senang?? Tipu oooo....
Tapi baik jadi baik la kan.
Untuk cakap pasal berubah ni nampak cam mudah..
Nak laksanakan tu 1 hal..
Masalah2...
Yo la...
Mende kalau da jadi darah daging kita tuk lebih dari 40 hari(bak kata org tetua), mende tu mesti susah nak ubah kan.
Tapi, walau susah mana pun, mesti kena berubah tuk jadi lebih baik.
Yela...Bak kata orang..... "Harini lebih baik dari semalam, Esok pulak mesti kena lebih baik dari harini"
Tapi fikir2 balik, sebenarnya, manusia sendiri yang menyusahkan diri dengan mengatakan susah nak jadi baik..hahaha
Lama sudah tak post pasal Quote..
Tetiba teringat kata2 dari lecturer Parenting aku aritu...
Banyak oooo kata2 yang best dari beliau aritu...
Tapi sikit je yang aku ingat pun....hoho
"Sometimes you need try to be a Neutral"
Walaupun hati kita tetap akan berat pada sebelah pihak..
"When you want to talk about someone older than you or you not really know, try to call them with appropriate name or title"
Sesuka ati ko je panggil nama camtu..Ingat tu kawan ko ke???
"Don't break men's ego,
Don't shake women's pride"
Hoho...bak kata madam, tu antara tips bila da kawen nant ye kawan2...
Muahahaha....Like2...Kelas parenting sangat best ooo...
Taktau la kalo memula ni je best...
Almaklum la...Sebab takde keje lagi kot...hahaha...