Friday, October 14, 2011

The Sultan of Selangor's Cup 2011

Pergh...lama suda da tak mengupdate blog...
Meh sini cite sket pasal tengok bola...

Tempat: Stadium Shah Alam 
Tarikh: 1 Oktober 2011
Masa: 8.00pm (Veteran Selangor vs Veteran Singapura)
          9.00pm (Main Match-Selangor Selection vs Singapore Selection)

Jalan..Jalan...Jalan...
Pastu,
Bola..Bola..Bola...
Muahahahaha....

Pergi tak dijangka..
Bajet tak g, tp sebb da ada tiket lebih, pergi je la.
Hu...Sangat best. Lain kali kalau ada lagi game rasa nak g lagi..
Cam biasa la. Pergi mana2 mesti ada rasa sonok & tak sonok....

Sonok sebab:

1. 1st time g tgok bola kat stadium.
2. Terasa semangat semua org yg tgok bola kat situ. Ikut sekali serap semua semngat tu..Hahaha
3. Pergh...tatau lak perlawanan bola ni ada artis. Best dengar Amy Search nyanyi live..1 stadium ikut nyanyi..
   Ni mesti semua stok2 kaki rock kapak....Peewitt...
4. Persembahan ala2 awek James Bond..Pastu kua bunga api...
5. Bole lepas perasaan kat sana. Muahaha...Serius bole jerit tanpa rasa bersalah..Sebab semua orang pn  bising gak. Hu...tapi aritu kata2 kuar dari mulut kne tapis sket sbb kat dpan aku ada dak kecik...huhu...

Tak sonok:
1. Lupa bawak kipas.
   Panas kot masa baru smpai. Penat carik tmpat duduk. Tapi lama2 ok la. Terasa sejuk sikit.
2. Rokok.
   Duuhhhh....Ni salah 1 punca haba kat situ bertambah...Geram aku..
   Bak kata Gary Running Man.."Streesss"....!!
   Diorang ni pun...Tau la kat situ tak de tanda kawasan larangan merokok.
   Kalau cakap nant katanya, "takde tanda dilarang merokok pn kat sini..."
   Weh....agak2 la pun. Tempat sesak camtu bole lagi nak sedut asap tu dalam2.
   *****Analogi yg aku wat...
   **Contoh la...korng ni lelaki..Andaikan korang kat tmpat yang ada ramai orang, pastu korang tak tahan  sangat nk kencing...Pergi carik tandas..Cari..cari..cari...
     Bila da jumpa, nampak lak tanda tandas tu tuk pompuan..Tapi mesti tak masuk kan..kenapa?? Segan??Asal lak nak segan2??? Kt depan tandas tu tak tulis pn lelaki tak leh nak masuk..
     So, tak bole ke segan sikit nk merokok kat tmpt2 yang orng ramai ngah duduk kt situ..lagi2 kt orang yg bawak anak kecik.
   Weh...Kiri kanan awak tu ada dak kecik. Kalau ko taknak sian kat kitorng yang dewasa ni, sian sikit la kat dak2 kecik tu.
   Tapi dalam ramai2 tu nasib baik ada yang paham gak bila da nampak aku & akak depan aku bagi hint kat diorang ngn kipas2 hidung kitorang.
   Tapi aku bukan takat kipas hidung je, asap2 kat atas aku pn aku kipas sekali.
   So nak kata, bole la 5 barisan belakang aku bole paham tuk matikan rokok mereka...Mekasih kerana memberikan kerjasama anda...:D
3. Selangor kalah.. =(
   Tapi takpe la...vateren menang pn ok gak...kekeke


***September g Stadium Merdeka, Oktober pulak g Stadium Shah Alam..Nov ni nak g Stadium Negara lak bole tak??
   waa~~2pm..asal la korang ni tak dtg Malaysia next year?? Bole kumpul duit awal2...

2 comments: